Make your own free website on Tripod.com
home  next
below


KAMPUNG JIMAH BARU, 
71200 RANTAU 
NEGERI SEMBILAN


ANUGERAH DAN KEJAYAAN

KAMPUNG

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

 Pada Tahun 1966 
Terkemuka dalam bidang gotong-royong kerana kejayaan penduduk khususnya peserta rancangan berganding bahu berpadu tenaga didalam usaha-usaha membuka, meneroka dan membangunkan kampung secara gotong-royong.

  Pada Tahun 1967. 
Terkemuka dalam bidang Perusahaan Kampung kerana kegiatan wanita dalam perusahaan anyaman mengkuang dihasilkan menjadi barangan kraftangan yang dipasarkan.

  Pada Tahun 1968. 
Terkemuka dalam bidang pertanian kerana tanaman dusun rambutan di setiap lot tanah peserta dan ternakan ikan air tawar (4 kolam) seluas 2 ekar.
Terkemuka dalam bidang kesihatan kerana usaha-usaha memelihara kebersihan kawasan rumah dan kampung serta melengkapkan kemudahan tandas curah di tiap-tiap rumah.




Amanah Saham Nasional. 

Pada Tahun 1983. 
Anugerah Ketua Kampung Terpilih kepada Tuan Haji Amin bin Hassan, PJK kerana pencapaian cemerlang dalam kempen menambah bilangan pelabur baru ASN. 

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Pada Tahun 1985. 
Anugerah Co-Operator Terpuji C.T (H) - diterima oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Ibrahim PMC., PPN., PJK., CT (H) selaku Setiausaha Syarikat Kerjasama Serbaguna Kampung Jimah Baru Bhd. Kerana pencapaian cemerlangnya di dalam mengurus dan mentadbirkan sebuah Syarikat yang berbentuk Koperasi sempena Perayaan Hari Koperasi Peringkat Kebangsaan. 

Pertubuhan Peladang Kawasan Port Dickson.


Pada Tahun 1988. 
Menerima hadiah saham terbanyak bagi unit Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Port Dickson tahun 1988 sempena Kempen Menambah Ahli Baru. 

Pihak Berkuasa Pekebun Kecil (RISDA). 

Pada Tahun 1988.
Menerima Anugerah Pusat Pembangunan Pekebun Kecil (PPPK) Terbaik seluruh Negeri Sembilan kerana pelbagai kegiatan pekebun kecil di dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi. 

Pejabat Daerah/Kerajaan Negeri 

Pada Tahun 1989. 
Dianugerahkan Johan Pertandingan Kampung Terindah Peringkat Daerah tahun 1989 dan Johan Peringkat Negeri Sembilan untuk memasuki penilaian peringkat kebangsaan.

   Pada Tahun 1990. 
Dianugerahkan pemenang Projek tanaman Semula Berkelompok (TSB) Terbaik Peringkat Negeri oleh RISDA.  Pada Tahun 1990. 
Menerima Anugerah BAKTI CEMERLANG daripada RTM bagi kategori Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P) yang Terbaik di Peringkat Kebangsaan.

Pada Tahun 1990. 
Pertubuhan Gerakan Belia 4B Cawangan Jimah Baru terpilih sebagai pemenang KURNIA BELIA JAYA Peringkat Negeri.
 


   Pada Tahun 1991. 
Terpilih sebagai tapak Pelancaran Rasmi PROGRAM KAMPUNG KU Peringkat Kebangsaan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia yang mengelolakan perkampungan 14 Kumpulan 3P seluruh Negara.

  Pada Tahun 1991 
Di Anugerahkan JOHAN Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung Peringkat Daerah tahun 1991 dan tempat kedua Peringkat Negeri 1991.

  Pada Tahun 1994 
Diistiharkan sebagai Johan Pertandingan Kebersihan, Keindahan & Kemajuan Kampung Peringkat Daerah. 

    Pada Tahun 1994
  Pemenang Tempat Ketiga Peringkat Negeri Dalam Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung 1994.


Pada Tahun 1995
  Pemenang Tempat Kedua Dalam Pertandingan Masjid Terbaik Peringkat Daerah 1995.

  Pada Tahun 1995
  Januari, 1995 - Dipilih Oleh Kementerian Penerangan Malaysia Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Sebuah Kampung Kumpulan 3P untuk Program Kampung KEMBAR Diantara Kumpulan 3P Kampung Jimah Baru Dengan KELOMPENCAPIR Permata Ibu, Padang Panjang, Bukit Tinggi, Sumatara Barat. Semua 10 Orang Ahli Kumpulan 3P Kampung Jimah Baru Telah Menyertai Rombongan Menadatangani ` M.O.U' di Bukit Tinggi, SUMBAR.

  Pada Tahun 1996
  Ogos, 1996 Ketua Kampung pada masa itu Tuan Haji Amin bin Hassan Terpilih sebagai Naib Johan Dalam Pertandingan Anugerah Perdana Kepimpinan Pekebun Kecil Peringkat Kebangsaan Anjuran RISDA.

Pada Tahun 1996 
September, 1996 Di Pilih Sebagai JOHAN Dalam Pertandingan Kebersihan Keindahan dan Kemajuan Kampung Peringkat Daerah Port Dickson dan JOHAN Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung Peringkat Negeri tahun 1996 Anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

  Pada Tahun 2000 
April, 2000 Tuan rumah Majlis Penyerahan Geran Peruntukan Kumpulan 3P seluruh Negeri Sembian oleh YB. Timbalan Menteri Penerangan Malaysia di Dewan Orang Ramai, Kampung Jimah Baru.
  Ogos, 2000 Di Anugerahkan Pemenang Naib Johan Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.
  Oktober, 2000 Di Pilih Menyertai Konvensyen Gerakan Desa Wawasan Zon Tengah Anjuran KPLB Di Air Keroh Melaka.

  Pada Tahun 2001
Julai, 2001 Di Anugerahkan Pemenang JOHAN Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah Port Dickson Tahun 2001 Oleh KPLB dan Pejabat SUK NS
 


Pada Tahun 2002 
Kg. Jimah Baru mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menubuhkan Pusat E Komuniti yang di kenali sebagai Medan Info Desa sebagai projek printis di Negeri Sembilan.
 


Pada Tahun 2003 
En. Razali bin Musa, Pengerusi Biro Ekonomi & Industri Kecil mendapat Anugerah Usahawan Peladang Muda Peringkat Negeri bersempena perayaan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Tahun 2003, kerana kejayaannya dalam bidang perusahaan memproses dan membekalkan ayam segar.
 

KAMPUNG JIMAH BARU


KAMPUNGKU ASAS PEMBANGUNAN NEGARAKU


 
HOME PROFAIL KAMPUNG ALIRAN ORGANISASI JKKK MAKLUMAT PENDUDUK/RUMAH KEMUDAHAN AWAM ANUGERAH DAN KEJAYAAN
back to top