Make your own free website on Tripod.com
home  next
below


KAMPUNG JIMAH BARU, 
71200 RANTAU, 
NEGERI SEMBILAN.



PROFILE KAMPUNG

Nama Kampung :
KAMPUNG JIMAH BARU
Mukim :
MUKIM JIMAH
Daerah :
PORT DICKSON
Parlimen :
RASAH
Dewan Undangan Negeri :
RANTAU
Negeri :
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Keluasan Kampung :
295.4 Hektar ( 730 Ekar )
Keluarga :
138 Keluarga

Kampung Jimah baru ialah sebuah kampung yang dibuka pada tahun 1960 di bawah rancangan pembangunan tanah yang dikenali sebagai Rancangan Tanah Negeri (RTN).
Terletak di sempadan Mukim Jimah dalam Daerah Port Dickson dengan Mukim Labu dalam Daerah Seremban. Kampung Jimah baru bersempadankan Rancangan Tanah Felda Sendayan (Mukim Labu) di sebelah utara, timur dan baratnya, manakala sebelah selatan ialah ladang Chin Teck dalam Mukim Jimah.Walaupun kampung ini terletak dalam daerah Port Dickson tetapi ia lebih dekat dengan bandar Seremban. Jarak perjalanan ke Seremban iaitu ibu negeri Negeri Sembilan Darul Khusus ialah 18 kilometer, manakala ke bandar Port Dickson ialah sejauh 25 kilometer.
Diawal penerokaan, iaitu pada tahun 1960, seramai 93 orang peserta dipindahkan ke kawasan kampung ini dari beberapa buah kampung berhampiran. Setiap peserta di peruntukkan 3.24 hektar (8 ekar) tanah iaitu 0.81 hektar (2 ekar) tanah dusun dan tapak rumah dan 2.43hektar (6 ekar) tanah untuk ditanam getah. Berbekalkan semangat yang gigih, tenaga yang cekal dan semangat bergotong - royong serta bersatu hati dengan sumbangan RM 50.00 sebulan seorang daripada kerajaan, setiap 93 peserta bertungkus - lumus bersama - sama berusaha menebang tebas hutan meneroka tanah untuk ditanam getah, dusun buah - buahan dan mendirikan rumah. Berkat usaha yang gigih dan semangat muafakat, getah yang ditanam mula mengeluarkan hasil pada tahun 1967. Peneroka juga menuai hasil sampingan seperti durian, koko, rambutan dan ternakan dari dusun yang dianugerahkan. Pada tahun 1988, 208.1 hektar (514 ekar) tanah getah tadi ditebang untuk ditanam semula dibawah skim Tanama Semula Berkelompok (TSB) dengan bantuan pihak RISDA.

KAMPUNG JIMAH BARU

 

KAMPUNGKU ASAS PEMBANGUNAN NEGARAKU


 
HOME PROFAIL KAMPUNG ALIRAN ORGANISASI JKKK MAKLUMAT PENDUDUK/RUMAH KEMUDAHAN AWAM ANUGERAH DAN KEJAYAAN

back to top